Program Cendekia Serantau merupakan satu program di bawah Jabatan Sains Sosial yang telah diadakan pada 6 Ogos 2024 hingga 9 Ogos 2024. Pensyarah Jabatan Sains Sosial telah diundang berkongsi kepakaran dan ilmu bersama dengan 4 institusi iaitu:

1. Tempat : SMP Darul Hikmah, Padang Pandjang
    Tarikh   : 06 Ogos 2024
    Tajuk    : "Tradisi Ilmu dalam Dunia Melayu"
    Perkongsian oleh Dr. Hj. Hasim bin Sa'ari

2. Tempat : UIN Syech Djamil Djambek, Bukittinggi
    Tarikh   : 08 Ogos 2024
    Tajuk    : "Pendidikan Untuk Melahirkan Guru: Pengalaman Malaysia"
    Perkongsian oleh Dr. Ahamad Jama' Amin bin Yang

3. Tempat: Pondok Pesantren Thawailib, Pariangan
    Tarikh  : 08 Ogos 2024
    Tajuk   : "Nilai Sejarah dalam Melahirkan Generasi Terdidik"
    Perkongsian oleh Dr. Ahamad Jama' Amin bin Yang

4. Tempat : Sekolah Luar Biasa, Padang Pandjang
    Tarikh   : 09 Ogos 2024
    Tajuk    : "Pembelajaran Bermakna dalam Pendidikan Seni Visual IPGKDA"
    Perkongsian oleh Dr. Hjh,. Khalijah binti Ahmad

Tahniah diucapkan kepada semua.
Jabatan Sains Sosial, IPGKDA

 Bengkel Penghasilan Seramik telah diadakan di Pusat Kraftangan Cawangan Kedah, Jalan Hutan Kampung, Alor Setar pada 15 dan 22 Julai 2024 anjuran Unit Pendidikan Seni Visual, Jabatan Sains Sosial. Seramai 19 orang pelajar PPISMP PSV Ambilan Jun 2023 bersama pensyarah PSV telah terlibat dalam menjayakan program ini. Melalui program ini, para pelajar telah didedahkan dengan tentang teknik dan cara pembuatan dalam menghasilkan produk kraf seramik. Diharapkan melalui aktiviti seperti ini, pelajar dapat memperkayakan ilmu pengetahuan mereka dan juga akan mengadakan jaringan lagi bersama Pusat Kraftangan pada masa akan datang. 

Pada 23 Jun 2024, Jabatan Sains Sosial telah menerima dua orang pensyarah baru bagi Unit PSV dan Unit Sejarah iaitu Cik Norazizah binti Mohd Tajuddin yang merupakan pensyarah PSV dan Pn. Aidarwini binti Ahmad, pensyarah Sejarah. Tahniah diucapkan.