Pertandingan Poster Komik Selembar telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia secara dalam talian bermula 1 Februari hingga 29 Februari 2024. Nor Adiela binti Mohd Azhar yang merupakan pelajar Pendidikan Seni Visual Ambilan Jun 2022 telah menyertai pertandingan tersebut berjaya mendapat tempat Pertama dan menerima sijil serta wang tunai RM500. Tahniah diucapkan.

 Asia Youth International Model United Nation Conference telah diadakan di Kuala Lumpur pada 26 hingga 29 Januari 2024. Pelajar dari IPGM Kampus Darulaman, Anis Zafirah binti Jamaludin pelajar Sejarah Ambilan Jun 2020 telah dilantik sebagai Wakil Delegasi Malaysia. Sebanyak 43 buah negara terlibat dalam menjayakan program tersebut. Diharapkan melalui aktiviti seperti ini, pelajar dapat memperkayakan ilmu pengetahuan mereka dan juga akan mengadakan jaringan yang lebih luas lagi. Tahniah diucapkan. 

Pada 29 Januari 2024, Jabatan Sains Sosial telah kehilangan sebutir permata iaitu Dr. Jayakumary a/p Marimuthu yang merupakan pensyarah Sejarah. Beliau telah menerima surat pertukaran secara rasmi ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Semoga beliau akan terus cemerlang dan menyinar walau di mana pun berada. Tahniah diucapkan.