Pada 17 Mei 2024, Unit Sejarah Jabatan Sains Sosial telah mengadakan Majlis Makan Malam bagi menyambut pelajar Sejarah Ambilan Jun 2020 yang akan tamat pengajian di Institut Perguruan Kampus Darulaman. Majlis yang telah berlangsung ini telah diuruskan oleh pelajar Sejarah Ambilan Jun 2021 dan pelajar PSV Ambilan Jun 2022 bertempat di Menara Alor Setar. Semoga semua pelajar akan terus cemerlang dan menyinar walau di mana mereka ditempatkan.

Program Perkampungan Seni merupakan satu program di bawah Unit PSV, Jabatan Sains Sosial. Program ini melibatkan semua pelajar Major PSV dan pelajar yang mengambil Elektif PSV bagi membentangkan cadangan untuk projek inovasi mereka. Seramai 35 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 dan 19 orang pelajar PPISMP Ambilan Jun 2023 mengambil bahagian dalam perkampungan ini. Semua pelajar telah mendapat manfaat dan akan meneruskan cadangan idea ini untuk menyertai pertandingan nanti.

Program Konvensyen Ketamadunan Dunia 4.0 telah diadakan di Dewan Syeikh Daud Al-Fatoni, Kompleks Islam Putrajaya pada 3 Mac 2024. Pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 bersama 2 orang pensyarah JSS iaitu Dr. Ahamad Jama' Amin bin Yang (Ketua Jabatan) dan En. Hamzah bin Omar telah terlibat dalam mengiringi pelajar ke program ini. Melalui program ini, para pelajar telah didedahkan dengan tentang Sejarah Tamadun Islam. Diharapkan melalui aktiviti seperti ini, pelajar dapat memperkayakan ilmu pengetahuan mereka pada masa akan datang.