Bengkel Penghasilan Seramik telah diadakan di Pusat Kraftangan Cawangan Kedah, Jalan Hutan Kampung, Alor Setar pada 15 dan 22 Julai 2024 anjuran Unit Pendidikan Seni Visual, Jabatan Sains Sosial. Seramai 19 orang pelajar PPISMP PSV Ambilan Jun 2023 bersama pensyarah PSV telah terlibat dalam menjayakan program ini. Melalui program ini, para pelajar telah didedahkan dengan tentang teknik dan cara pembuatan dalam menghasilkan produk kraf seramik. Diharapkan melalui aktiviti seperti ini, pelajar dapat memperkayakan ilmu pengetahuan mereka dan juga akan mengadakan jaringan lagi bersama Pusat Kraftangan pada masa akan datang.