Utama
Kursus Penggunaan LIGHTBOARD STUDIO Bagi Menyokong Google Classroom Platform
- Details
- Written by Administrator
- Category: Admin
- Hits: 28778
IPGKDA - 12 APRIL 2021, Pensyarah IPGKDA telah menerima latihan berkaitan penggunaan LIGHTBOARD STUDIO sebagai menyokong dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran daripada pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)-Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Fasilitator dalam bengkel penggunaan Lightboard Studio ini terdiri daripada Dr. Mohamad Ezral Baharudin, Dr. Mohd Zakimi Zakaria, Dr. Azuwir Mohd Nor dan Dr. Mohd Sazli Saad. Peserta kursus bagi Siri 1 ini telah melibatkan pensyarah IPGKDA seramai 15 orang. Untuk pengetahuan, bengkel penggunaan Lightboard Studio Siri 2 pula akan menyusul dalam masa yang terdekat ini dan melibatkan pensyarah-pensyarah IPGKDA dari pelbagai jabatan.
Sesi Perkongsian Inovasi Guru Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021
- Details
- Written by Administrator
- Category: Admin
- Hits: 31452
Program Sandaran Pensyarah (PASAK), Jabatan Pendidikan Khas, IPGKDA akan membawakan perkongsian daripada 12 ahli panel yang terdiri daripada Guru-Guru Ikon Inovasi Pendidikan Khas Seluruh Malaysia.
Panel terdiri daripada guru - guru sekolah pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi. Perkongsian inovasi yang dikongsikan bakal meliputi inovasi pedadogi, inovasi kemahiran, inovasi pengurusan, inovasi produk, inovasi rekabentuk, inovasi digital dan sebagainya.
Sesi webinar ini akan dijalankan seperti berikut:
Penceramah: Guru - Guru Ikon Inovasi Pendidikan Khas Seluruh Malaysia
Tarikh: 30- 31 MAC 2021
Hari: Selasa dan Rabu
Platform: Youtube dan Facebook Live Unit Pembangunan Latihan IPGKDA
Facebook page Unit Pembangunan Latihan IPGKDA: http://tiny.cc/FBUPL
atau
Youtube Channel Unit Pembangunan Latihan IPGKDA: http://tiny.cc/YCUPL
Selamat Menyambut Ulang Tahun Angkatan Pertahanan Awam Ke-69
- Details
- Written by Administrator
- Category: Admin
- Hits: 29198
Jadual Pentaksiran Akhir Mac 2021-IPGKDA-PDPP PPC & PITO
- Details
- Written by Administrator
- Category: Admin
- Hits: 30442
Page 33 of 42