Aktiviti Amali Terapeutik dan Kreativiti Inovasi telah dijalankan di Merdeka Beach Resort  pada 3 hingga 4 Julai 2024. Perjalanan program ini bermula pada jam 7.30 pagi daripada IPG Kampus Darulaman dan tiba di Merdeka Beach Resort pada jam 10.30 pagi. Aktiviti ini melibatkan 50 orang pelajar Kursus PKUK1133 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan Khas seramai 20 orang manakala bagi kursus ATPK3103 Aktiviti Terapeutik dalam Pendidikan Khas seramai 30 orang. Program ini juga telah di jalankan oleh 6 orang pensyarah fasilitator iaitu Hjh Suraya binti Bai, Pn Nor Asiah binti Nasir, Cik Norshafiqah binti Ahmad, Dr Najihah binti Shuib, Pn Aliyah binti Yahya dan juga Hj Hakimi bin Abu Bakar. 

Semasa amali dijalankan, pelajar perlu melaksanakan beberapa aktiviti yang berunsurkan terapi iaitu aktiviti terapi hidro, terapi pasir, terapi main, terapi pergerakan dan terapi seni. Semua aktiviyi-aktiviti ini telah dlaksanakan sekitar Merdeka Beach Resort dan perlu direkodkan sebagai laporan bagi memenuhi kehendak tugasan pentaksiran berterusan.  Bagi melengkapkan program ini, pelajar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan persembahan yang mana ia perlu dipersembahkan pada sesi malam. 8 kumpulan telah melakukan persembahan mengikut tema masing-masing dan persembahan yang ditunjukkan itu mampu menunjukkan tahap kreativiti yang tinggi dalam kelangan pelajar.

Hari kedua, pelajar dikehendaki menyelesaikan rakaman tugasan yang belum selesai dan melakukan suntingan kepada video kumpulan masing-masing. Setelah selesai semua program, pelajar bergerak pulang ke IPG pada jam 2.00 petang dan tiba pada jam 4.00 petang. Diharapkan program ini dapat menjadi pencetus kepada kreativiti pelajar dan menjadikan guru pendidikan khas keluaran IPG Kampus Darulaman menjadi guru yang kompeten dan cemerlang dalam arena pendidikan.