06 Mac 2022, IPG Kampus Darulaman, Nurul Husna binti Abdul Aziz telah memperoleh kejayaan yang julong-julong kali. Tahun 2020 beliau mendapat JOHAN Peringat Negeri dan tempat KEDUA Peringkat Kebangsaan mewakili Negeri Kedah Kategori Hafazan 10 Juz. Tahun 2022 mendapat tempat PERTAMA Peringkat Negeri Kedah Kategori 20 Juz dan akan mewakili Negeri Kedah Peringkat Kebangsaan di Johor. Semua warga IPG KDA mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada Nurul Husna binti Abdul Aziz. 






06 Februari 2022-Majlis perasmian KIOSK TS25 IPG KDA telah disempurnakan oleh Kol. Kehormat (PA) Hj Hashim bin Asman-Pengarah IPG KDA, anjuran Jawatankuasa TS25 IPGK.  Menurut Dr. Mashira Yahaya selaku Penyelaras TS25 IPG KDA,  istilah ‘kiosk’ biasanya digunakan dalam urusan jual beli sesuatu barangan atau produk. Dalam hal ini, kiosk TS25 IPG KDA bukanlah gerai atau tempat jual barangan tetapi kiosk TS25 merujuk kepada himpunan bahan-bahan Program Transformasi Sekolah 2013-2025 yang dipamerkan merupakan pengantara kepada proses kemenjadian murid iaitu produk modal insan unggul. Justeru, pelajar-pelajar IPG KDA terutamanya yang merupakan guru-guru pelatih boleh mendapatkan bahan-bahan rujukan tentang TS25  di Kiosk TS25 IPG KDA sebagai persediaan diri ke alam pekerjaan nanti. Bahan-bahan ini juga boleh menjadi rujukan tambahan kepada Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) dalam memberi khidmat sokongan lawatan dan bimbingan di sekolah TS25.