Pada 26 hingga 28 April 2024, pasukan dari IPG Kampus Darulaman telah berjaya mencatatkan kejayaan yang membanggakan dalam Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition 2024 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Pertandingan ini merupakan acara antarabangsa yang melibatkan 15 buah negara seluruh dunia, termasuk Korea, Poland, Romania, dan negara-negara lain. Pasukan IPG telah berhadapan dengan pesaing-pesaing hebat dari pelbagai bidang kejuruteraan dan inovasi.

Pasukan IPG Kampus Darulaman telah menunjukkan prestasi cemerlang dan kreativiti yang tinggi dalam beberapa projek inovatif. Berikut adalah butiran pengiktirafan yang mereka terima

 

1. Medsos Gamibook
- Special Award
- Gold Medal

2. We4u'24
-Gold Medal

3. E-QRA
-Gold Medal

4. Hud Hud Squad 2.0
-Silver Medal

5. i-Sir 3.0
-Silver Medal

6. ACE-PRAY 
-Silver Medal

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih dan kerjasama pasukan IPG Kampus Darulaman. Semoga pencapaian mereka menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berinovasi dan berusaha dalam bidang kejuruteraan dan inovasi. Tahniah kepada semua ahli pasukan!

IPG KAMPUS DARULAMAN, Jitra- Pada 13 April 2023 (Khamis) yang lalu telah berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan IPGKDA 2023 anjuran Unit Peperiksaan dan Penilaian  dengan kerjasama JPP IPG Kampus Darulaman. Majlis Apresiasi Kecemerlangan IPGKDA 2023 yang penuh gilang-gemilang ini telah diadakan di Dewan Za’ba bertujuan untuk menghargai Pelajar Semester Akhir yang akan tamat pengajian Jun 2023 selain memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang di kampus.

Majlis ini dihadiri oleh Pengarah IPG Kampus Darulaman iaitu Dr Muhammad Fadzil bin Che Amat, KJ JKA En Mohd Azizi bin Mukhtar, KU Unit Peperiksaan Dan Penilaian Hj Mohd Ashraf bin Mohamad, KS Kecemerlangan Akademik Dr Rusmawati bin Othman. Selain itu majlis ini juga turut dihadiri oleh para Ketua Jabatan, Ketua Unit, Mentor dan Penyelaras PISMP. Seramai 209 Orang Pelajar PISMP Ambilan Jun 2019 terlibat dalam majlis ini.

Dalam majlis ini, terdapat beberapa anugerah yang disampaikan kepada para pelajar PISMP ambilan Jun 2019 antaranya Anugerah Akademik Terbaik (PNGK Terbaik), Anugerah Kepimpinan, Anugerah Kokurikulum, Anugerah Praktikum dan Anugerah Emas.

Dengan adanya penganjuran majlis sebegini diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada pelajar dan  menjadi batu loncatan dalam menghadapi persediaan menjadi seorang guru sekali gus melahirkan Siswa Guru yang cemerlang.

 

Tahniah kepada Team IPGKDA dalam Young Inventors Journal Paper Writing Competition kerana berjaya membawa satu emas bersama wang tunai RM1000 serta eSijil mewakili IPGKDA dan pencapaian terbaik antara semua IPG. Terima kasih kepada mentor, DR Rusmawati binti Othman.

Pelajar yang mewakili IPGK Darulaman adalah:
1. Nur Shafiza binti Sharipudin
2. Nur Fatini
3. Rabihah binti Razaki (PISMP Jun 2021 Sejarah)

Tajuk: Edu Box (Supporting Self Directed Learning Within Fun Educational Games)