Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron atas penerimaan watikah dan pemakaian pangkat Kolonel Bersekutu Pertahanan Awam, serta tahniah juga kepada En. Musaidi Mustaffa atas pemakaian pangkat Leftenan Kolonel Pertahanan Awam, dan Encik Ikhwan atas penerimaan watikah Mejar Bersekutu Pertahanan Awam. Semoga kejayaan ini membawa lebih banyak kecemerlangan di bumi IPG Kampus Darulaman.

Bengkel Penyelarasan Aktiviti Penghayatan Hadith 40 Imam Nawawi telah diadakan pada 8 Ogos 2024 di Dewan Budaya, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Seramai 29 orang peserta telah mengambil bahagian. 4 orang fasilitator telah terlibat bagi melicinkan perjalanan aktiviti penghayatan hadith 40 Imam Nawawi iaitu Ustaz Mohd Zakir bin Majid, Ustaz Dr Mohd Zaini bin Mohd Zain, Ustaz Asyraf bin Abd Ghani dan Ustaz Ahmad Hilmi bin Ahmad Zohdi. Para peserta telah didedahkan tentang pemantapan amalan terbaik bagi menghayati hadis 40 Imam Nawawi. Penyelaras bertugas ialah En. Ahmad Hilmi bin Ahmad Zohdi.

Tahniah diucapkan kepada para pensyarah atas pelantikan ke jawatan baharu. Seluruh warga IPGK Darulaman, bersama Tuan Pengarah dan juga Timbalan Pengarah amat berbesar hati dengan perlantikan ini. Kami yakin bahawa dengan pelantikan ini, tuan-tuan dan puan-puan akan terus membawa perubahan positif dan kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Selamat maju jaya dan semoga sukses dalam setiap langkah yang diambil. Tahniah sekali lagi dari kami semua di IPGK Darulaman

Pada 24 Julai 2024 Jabatan Bahasa Arab  telah melaksanankan program Sekolah Pengajar di Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Jitra, Kedah. Program ini dijalankan selama satu hari menggunakan l Adaptasi Modul PARE.