Program Teaching School “Bengkel Membaca Jawi” anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama IPG Kampus Darulaman telah diadakan pada 28 Ogos 2024 di Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Pulau Timbul, Mukim Jeram, Tunjang, Jitra, Kedah. Seramai 30 orang peserta telah mengambil bahagian. Sasaran adalah murid yang lemah dalam bacaan jawi. Fasilitator terdiri daripada kalangan pensyarah  IPDA dan pelajar PISMP Amb 2022-2027 telah terlibat bagi melicinkan perjalanan Bengkel Membaca Jawi iaitu Dr. Mohd Zaini bin Md Zain, Dr. Farah Farhana Binti Rosli, Dr. Fatahiyah Binti Elias, En. Mohammad Fakhrorazi bin Mustafa, En. Mohammad Khobiz bin Abdullah, Pn. Farihah Binti Mohd Noor@Jamil dan Pn. Fairus Binti Abu Bakar. Pelajar PISMP yang terlibat ialah ⁠Muhamad Fasrul Amin bin Zakaria, Syed Muhammad Rafiq bin Syed Rosli, Ainul Mardiah bin Ihsan, Hurin Ain binti Mohd Yazari, Nur Zahirah binti Mohd Mazli, Nurul Insyirah binti Mohd Zamri dan Siti Zulaikha binti Ahmad Afandi. Para peserta telah didedahkan tentang kaedah membaca jawi yang betul. Penyelaras bertugas ialah Dr. Mohd Zaini bin Md Zain dan En. Mohammad Fakhrorazi bin Mustafa.