Pada 9 Januari 2025, Program Jom Sihat 2025 telah dilancarkan dengan jayanya di Gelanggang Petanque, IPGKDA. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Pengarah Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron. Antara aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang program termasuk woodball, walking football, aerobik, pickleball, permainan tradisional, mental wellness, sukaneka, renang, hiking, pemeriksaan kesihatan, dan piknik. Program ini akan dijalankan pada setiap hari Khamis bermula jam 8:00 pagi.