Utama
SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS
- Details
- Hits: 5301
AMANAT PENGARAH BAGI TAHUN 2025
- Details
- Hits: 6421
AMANAT PENGARAH SEMPENA TAHUN BAHARU 2025
Pengarah IPGKDA, YBrs, Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron dalam ucapan amanat tahun baharu 2025 telah memfokuskan kepada dua elemen penting iaitu peningkatan akauntabiliti dan integriti dalam kalangan warga IPGKDA. Intipati ucapan beliau dapat dirumuskan seperti berikut:
Nilai Akauntabiliti
- Menepati masa dan komitmen terhadap tugas yang telah diamanahkan;
- Memastikan pengurusan kelas, penyelidikan dan pentadbiran dilaksanakan secara sistematik dan telus;
- Bertanggungjawab terhadap penggunaan sumber yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya;
- Menghormati amanah dan memastikan setiap tugasan mempunyai hasil yang boleh diukur dan dinilai.
- Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, tidak menolak tugas dan melaksanakan dengan penuh kebertanggungjawaban terutama dalam kerjabuat utama seperti pengajaran dan pembelajaran dan praktikum
Memperkukuh Integriti
- Menghindari segala bentuk penyelewengan, salah guna kuasa, atau ketidakjujuran;
- Mengamalkan sikap telus dan terbuka dalam semua urusan, sama ada di peringkat akademik mahupun pentadbiran;
- Menjadi teladan kepada pelajar dan rakan sekerja dengan memegang teguh prinsip integriti dan nilai moral yang tinggi;
- Menjalankan tugas dengan berani, tanpa kompromi terhadap nilai-nilai murni walaupun berdepan tekanan atau cabaran
https://drive.google.com/file/d/1_qEFB-i4tFy0zlPoNZ-ekI9r734bmsQF/view?usp=drive_link
TAKLIMAT TIMBALAN PENGARAH HALA TUJU & FOKUS PENGURUSAN TAHUN 2025
- Details
- Hits: 6506
TAKLIMAT TIMBALAN PENGARAH : HALA TUJU & FOKUS PENGURUSAN TAHUN 2025
Timbalan Pengarah IPGKDA, YBrs. Dr. Hjh. Amani binti Dahaman @ Dahlan turut menyampaikan taklimat berhubung hala tuju dan fokus pengurusan tahun 2025. Beliau menyeru semua warga IPGKDA menghayati spirit hijriah untuk tahun 2025 dengan analogi berikut:
- Memantapkan persaudaraan setiap ahli (Aus & Khazraj) dan Muhajirin & Ansar.
- Pensyarah baharu diibaratkan seperti kalangan muhajirin yang baru memasuki sistem IPG dipersaudarakan dengan pensyarah lama seperti golongan ansar yang akan membantu saudara mereka yang baharu.
- Membina masjid Nabawi dan menjadikannya sebagai pusat ibadah, pentadbiran dan sosial.
- Mengimarahkan Masjid an-Nur dan Pusat Ilmu dengan aktiviti sokongan akademik dan tafaqquh, pengukuhan ukhuwwah pasukan dan kemasyarakatan.
- Menetapkan garis panduan kepada penduduk Madinah (Piagam Madinah) yang menjadi rujukan semua warga dan dipatuhi.
Pengurusan IPGKDA menyediakan 3 garis panduan untuk dijadikan rujukan semua warga iaitu Manual Pengurusan & Takwim Perancangan Tahunan, Panduan Pengoperasian Kampus dan Pendekatan Model GROW Dalam Pengurusan dan Hala Tuju 2025.
Beliau mengharapkan ketiga-tiga buku panduan ini dapat dijadikan rujukan semua warga dalam menguruskan kampus, jabatan dan unit dengan lebih berfokus dan sinergi.
https://drive.google.com/file/d/10kAQyYX9g26_VMFNBJpklFpLCy5MBi6W/view?usp=drive_link
Page 8 of 11